Saturday, June 26, 2010

afrika oh afrika...


pusingan peringkat kumpulan telah hampir tamat.

melainkan perlawanan kumpulan H yang tengah berlangsung skang ni, 14 pasukan dah memastikan tempat mereka selaku antara 16 pasukan terbaik dunia utk tempoh 2010-2014 (macam pilihanraya lak). antara 14 pasukan tu, 5 daripadanya adalah pasukan eropah, 4 pasukan amerika selatan, 2 pasukan asia, 2 dari concacaf dan 1 dari afrika. 1 je, daripada 6 buah pasukan termasuk pasukan tuan rumah. ivory coast dah pun terkeluar tadi walaupun depa menang 3-0 ke atas korea dpr. tapi of course, this is just the case of "too little too late" utk mereka, dan tinggal ghana je sebagai wakil daripada benua hitam ni.

dalam perkembangan berkaitan, brazil dan portugal seri 0-0 dalam satu perlawanan yang walaupun produce berberapa magic moments, tapi secara amnya agak menghampakan berdasarkan jangkaan ramai pihak. tapi tak kisahla tu, depa 2-2 layak. dan kalau ikut keadaan semasa dalam kumpulan H, memang kita akan menyaksikan iberian derby. tunggu je la...

berbalik kepada kisah pasukan afrika ni. memang pelik...depa tak penah fail utk mesmerise WC sejak meletupnya cameroon masa tahun 1990. pada tahun 1994 ada nigeria sebagai "the team". 1998 ada maghribi, 2002 ada senegal dan 2006 ada ghana sebagai pasukan emas dari benua afrika. tapi tahun 2010 ni, dengan kelebihan selaku "tuan rumah", pasukan2 afrika ni tenggelam abis. even south afrika cipta sejarah sebagai pasukan tuan rumah pertama sangkut kat 1st round.

apa silapnya?

no 1 aku rasa ialah kerana tekanan melampau kepada mereka. u see, masa korea jepun menjadi tuan rumah tahun 2002, memang ada tekanan kat mereka utk elakkan rekod buruk tak lepas 1st round ni, but sasaran yang diletakkan kepada mereka hanyalah "lepas group stage". depa tak penah ada rekod cemerlang kat memana wc sebelum ni kecuali masa tahun 1966 (korea dpr 1 itali 0 masa tu, ingat?) tapi utk jangka lebih2, not to them but then they do prosper - jepun lepas ke 2nd round but korea selatan went all the way sampai semis - kalahkan itali n sepanyol dalam perjalanan mereka dan terus jadi team of the tournament. berbeza dengan team2 afrika ni, memandangkan mereka memang ada sejarah yang agak bagus dalam wc, so tekanan kepada mereka ialah at least sampai semis n utk pasukan2 top seperti ivory coast n cameroon, at least sampai final. so this kind of pressure ni agaknya unbearable utk depa. terlalu berat sangat kot sampai seko2 layu kat first hurdle..

then, asamoah gyan masa ditermuramah menyatakan bahawa cuaca kat afrika selatan "terlalu sejuk" n "menyukarkan kebanyakan pemain afrika". memang diakui, cuaca kat south africa skang ni agak sejuk secara mendadak - weather forecast depa tak ramal cuaca sesejuk skang sampai sesetengah kawasan jadik berais. ye la...hampir semua WC dimainkan masa summer kat eropah, so cuaca sejuk ni agak mengganggu...dan jugak masalah altitude pun memainkan peranan skit kot. agaknya sebab tu depa cam nampak tak de angin je masa main...

but walau apapun alasan, bagi aku alasan sebenar yang boleh diberikan ialah ketamakan atau ketidak kesabaran pasukan2 terbabit sendiri. valid halilhodzic, shaimi amodu dan joel santana menjadi mangsa kerakusan pegawai2 ivory coast, nigeria dan afrika selatan mengejar kejayaan express. dalam masa yang singkat, sven goran eriksson, lars lagerback dan carlos alberto parreira diberikan tugas berat utk membentuk pasukan yang mantap utk membawa cabaran ke piala dunia. cameroon je yang tukar coach awal2 n bersebab - depa dah nak tersingkir masa kelayakan lagi sebelum paul le guen ambik alih team but the others...well...

kita pk la, sebagai cth, eriksson ambik alih tugas kat ivory coast tak sampai 3 bulan sebelum WC. dia pun tak sempat merayap ke serata dunia tengok player2 ivory coast beraksi kat liga2 merata dunia. even dia tak sempat kenal semua player pun lagi but kononnya disebabkan kempen yang mengecewakan kat african cup of nations, depa pecat halilhodzic padahal seandainya kalau dia kekal, maybe dia leh troubleshoot kelemahan team dan repair apa yang patut dalam tempoh 6 bulan sebelum WC bermula. but then, things happened n kita tengok sendiri apa jadik kat team2 afrika - cameroon siap tak dapat satu hapah point pun.

so pengajarannya kat sini ialah, kalau masa dah suntuk tak yah la tukar coach mengejut. kekalkan je coach tu n biar dia buat keje dia. lain la kalau memang coach tu terbukti mangkuk macam raymond domenech, then memang patut dia kena pecat awal2 lagi.

so, perlawanan kumpulan H dah pun abeh. spain menang 2-1 ke atas chile dan swiss seri 0-0 dengan honduras. spain layak selaku juara kumpulan dan setup the "iberian derby" (yeahaaaaa...) dan chile akan bertemu brazil dalam satu lagi perlawanan best of 16 (repeat cerita 1998). so insya Allah aku akan try ulas setiap satu perlawanan peringkat kedua ni n update dengan maklumat2 serta pandangan2 yang terkini.

till then.

0 comments:

Post a Comment