Friday, June 25, 2010

akhirnya pizza itu basi...

assalamualaikum wbt...

hari yang penuh dengan drama di afrika. juara bertahan terlungkup, pasukan asia kedua mara dengan bergaya dan banyak gol cantik dihasilkan. huhuhu..

sebelum piala dunia bermula, ketika disoal mengenai pemilihan pemain yang boleh dianggap sebagai "langkah terkebelakang" kerana melibatkan pemain2 batch 2006 yang dah melepasi zaman gemilang mereka serta meninggalkan pemain2 muda yang top form seperti antonio cassano, giuseppe rossi, marco boriello dan marco balotelli, marcelo lippi menerangkan, "ini adalah barisan pemain juara. mereka pernah menjadi juara dunia dan tahu bagaimana utk menjadi juara sekali lagi. sekiranya kejohanan ini berlangsung setahun, mungkin saya akan memilih pemain2 yang lebih muda tetapi utk satu kejohanan yang melibatkan hanya 7 perlawanan, barisan pemain ini lebih dari mampu untuk bertahan."

persoalannya, adakah mereka mampu?

seri pada perlawanan pertama menentang paraguay, masih boleh dimaafkan. tetapi bila mereka seri dengan new zealand dengan striker utama mereka, alberto gilardino tak register walau satu pun percubaan ke arah gawang lawan, mereka perlu menang menentang slovakia walaupun seri sebenarnya memadai untuk layak - hanya kemenangan mampu menutup mulut pengkritik. sejarah juga memihak kepada itali - pada tahun 1982 ketika mereka menjadi juara dunia, mereka hanya seri ketiga2 perlawanan peringkat kumpulan sebelum meningkat ketika perlawanan kalah mati.

tapi pertahanan mereka yang berusia tak de jawapan utk kepantasan serangan slovakia, pasukan yang baru pertama kali layak ke piala dunia sebagai negara berdaulat.

dua gol robert vittek dan satu gol cantik dari kamil kopunek menyentak maruah itali. gol balas di natale dan quagiarella membolehkan perlawanan itu menjadi drama yang menarik terutamanya pada minit2 akhir perlawanan ketika pepe terlepas peluang menyamakan kedudukan, tapi sejarah telah tertulis. perlawanan slovakia-itali pada 24hb jun di ellis park akan kekal menjadi sebahagian daripada cerita klasik piala dunia. dan media di itali pastinya akan menembak lippi habis2an kerana kedegilannya dalam membentuk skuad. masa depan bolasepak itali pun nampak samar dek kerana kepercayaan lippi kepada muka2 lama - tidak ada upcoming young players yang boleh menggantikan muka2 lama ini sebab lippi tidak memberi peluang kepada mereka utk meraih pengalaman terutamanya dalam kejohanan sebesar piala dunia. so lepas ni, cesare prandelli ada tugas berat utk membina kembali skuad itali berpaksikan kepada muka2 seperti riccardo montolivo, boriello, rossi, marchetti dan lain2. aku akan share lebih mengenai pandangan aku terhadap pasukan itali bila aku ada masa nanti.

btw, dalam pc lepas match, lippi kutuk dan salahkan diri sendiri atas kekalahan itali tu dan tak salahkan player dia walau satu inci pun. well, good to hear that but then, everybody knows the players u picked out there r out of sorts, senor lippi. but ur honesty to barrack urself is refreshing.

jepun bebetul membuatkan asia sekali lagi berbangga. ketika mereka hanya perlu seri utk layak, depa bebetul mempamerkan semangat juang tinggi ketika menentang denmark - dan dua gol freekick yang amat cantik daripada keisuke honda dan yatsushito endo membuka laluan utk mereka menang 3-1. walaupun denmark menguasai posession, tetapi jepun nampak lagi bahaya menerusi counter attack. denmark gak mempunyai masalah seperti itali - mereka mempunya pasukan yang sudah berusia dan kurang pemain pelapis. tetapi mereka boleh membina pasukan berasaskan pemain2 seperti simon kjaer, danny agger, christian eriksen dan lain2. belanda lak menang 2-1 ke atas cameroon dalam satu lagi perlawanan yang agak kurang bererti, tetapi kemasukan arjen robben pada pertengahan babak kedua memberitahu kita apa yang hilang daripada pasukan belanda. dia masuk je, belanda dapat 2nd goal hasil dari percubaan cantik yang terkena tiang sebelum klaas jan huntelaar score the rebound.

so tahniah kepada jepun dan belanda, terutamanya jepun kerana membolehkan 2 pasukan asia menyelit dalam senarai 16 pasukan terbaik dunia (kalah afrika...hihihi) dan mereka akan bertemu paraguay pada 29 hb, manakala belanda akan bertemu "the giant killer" slovakia sehari sebelum tu. esok lak akan menyaksikan perlawanan kumpulan G dan F. adakah brazil akan bertemu sepanyol pada perlawanan pusingan kedua? atau kita akan menyaksikan "iberian derby" instead?

jumpa lagi sok. cheerio!

0 comments:

Post a Comment