perlawanan jerman-england dalam WC memang sentiasa sengit. dan WC kali ni sepatutnya tak de bezanya. kedua2 pasukan tampil sebagai pasukan pilihan kejohanan, dengan rekod perlawanan depa berdua sentiasa berkesudahan dengan kemenangan tipis mahupun seri - dan jerman akan menang penalti. england kali ni dianggap sebagai pasukan yang serba lengkap dengan limpahan bakat2 EPL seperti rooney, gerrard, lampard dan terry. depa juga ada fabio capello - jurulatih yang tak yah dipersoalkan lagi credentialnya. jerman lak menjadi pasukan yang digemari ramai sejak WC 2006, dan merupakan pasukan yang paling konsisten dalam sejarah WC. kehilangan ballack langsung tak mencacatkan pasukan dengan kehadiran ramai pemain berbakat bundesliga seperti ozil, khedira, muller dan podolski.

walaupun berdasarkan prestasi semasa kedua2 team (england seksa nak lepas group c, jerman lak lepas cemerlang lawan australia tetiba tercekik masa final 2 games)kalau ada pemenang perlawanan ni pun, should be dengan jaringan yang tipis. 1-0 should be logical. 2-1 pun mungkin. sepatutnya hari2 seperti 5-1 di munich yang berpihak kepada england 9 tahun lepas sepatutnya dah berlalu.
tapi kali ni ceritanya amat berbeza. england kalah 4-1 di WC?
bini aku sum up everything perfectly - ketika player jerman nampak lebih bertenaga dan rajin mengejar bola serta mereka tahu mana nak pass bola serta off the ball movement depa memang sublime, pemain england lak nampak malas, lembab mengagak bola dan kelihatan seperti orang2 tua yang keletihan. gol pertama jerman adalah hasil kepekaan manuel neuer mengenai pergerakan klose. gol kedua adalah gol klasik - aku macam nak nangis melihat kecantikan gerakan gol kedua jerman yang podolski score tu. gol england pun lawa gak - tipikal england...cross, tanduk, gol. gol ketiga dan keempat jerman lak menampakkan betapa besarnya jurang intensity, pace dan tenaga kedua2 pasukan kerana ketika jerman bergerak begitu laju menerusi counter attack, england lak nampak tak bermaya mengejar bola. barry memang lembab dan sentiasa dilaukkan oleh ozil. rooney tak hidup. gerrard lak tak bernasib baik kerana neuer bebetul form malam ni. lampard lak menyaksikan freekicknya terkena tiang. defence england kalah secara fizikal (pelik) dengan pemain2 muda jerman, malah ntah berapa ratus kali depa caught off position (terutamanya terry...ades...)
sebut pasal lampard, well...satu kontroversi berlaku dimana lambungannya pada minit ke 33 terkena palang, dan bounce dalam sekaki dari garisan gol - tapi pengadil kata tak gol. pastinya media2 england terutamanya akan lament keputusan tu dan mengatakan "the referee really costs us the game" but then, penyokong2 jerman akan mengatakan "pulang paku buah keras" - merujuk kepada gol kontroversi sir geoff hurst masa final WC 1966 (bola tak penah lepas line pun masa tu tapi referee kata gol). but then, after that pemain2 england nampak cam tak semangat main seolah2 merajuk dan tak puas ati dengan keputusan referee. come on, memang ref tu buat silap, dan depa memang bodoh, but then just carry on main seperti biasa dan try la score 3-4 bijik lagi pas tu utk serve the justice. sulking will give u nuthing...but secara jujurnya kalau tak disebabkan gol tu pun, jerman memang lebih dari layak utk menang dan tempah tiket ke suku akhir.
lawan jerman kat suku akhir nanti ialah argentina yang mengalahkan mexico 3-1. perlawanan tu gak mencetuskan kontroversi apabila tevez menjaringkan gol pertama argentina dari kedudukan ofsaid. linesman pun nampak cam blur n tak paham apa2 tapi the goal stands, dan sampai nak gaduh dah kedua2 pasukan masa half time. but gol kedua argies adalah gol "hadiah" - osorio boleh terpassing bola kat kaki higuain bebetul luar kotak penalti. but gol ketiga tevez memang superb - oscar perez tak leh buat apa. but credit to mexico sebab unlike england, depa fight balik n dapat gak satu gol menerusi manyoo's newest boy javier hernandez. by the end of the day, argies menang n depa akan jumpa jerman kat quarters.

kedua2 kes gol yang dubious tu mencetuskan kembali debat dan gesaan agar sepp blatter memperkenalkan video technology. tapi berdasarkan kepada pengalaman, blatter mesti degil nak mampus tanak guna VT but then, maybe dia akan guna seandainya switzerland yang kena kes2 macam tu...hehehe...
so lagi 4 perlawanan tinggal utk round 2 dengan holland-slovakia serta brazil-chile akan berlangsung sok. dalam perkembangan berkaitan, vicente del bosque berkata bahawa spain harus kurang bermain cantik seandainya ingin menang perlawanan. dia kata "we must combine beautiness n pragmatism in our approach". maknanya, mungkin sepanyol tak begitu main passing macam kita selalu tengok dan mungkin depa akan jadi macam latest brazil - terlalu pragmatik.
but then, permainan jerman hari ni membuktikan bahawa permainan cantik boleh memenangi perlawanan - menang besar lak tu. joga bonito do win matches, senor del bosque.
jumpa lagi sok. cheerio!
0 comments:
Post a Comment