Monday, June 28, 2010

nasib kuasa2 traditional eropah...


england, itali, perancis.

ketiga2 negara ni ada banyak persamaan. depa adalah kuasa tradisional bolasepak eropah. ketiga2nya ada liga yang amat bermutu tinggi, terutamanya england. ketiga2nya adalah bekas juara dunia. penah menganjurkan piala dunia. mempunyai ramai pemain bintang yang bermain untuk pasukan2 ternama dunia.

dan ketiga2nya dah pun tersingkir dari piala dunia kali ni dengan cara yang amat memalukan.

perancis paling awal terkeluar - seri sekali dan kalah 2 kali dalam saingan kumpulan A, score satu gol je, dan pemain2 depa buat malu satu dunia bila bergaduh secara terang2an dengan coach dan pegawai pasukan sampai depa boikot latihan. itali lak tersingkir dengan tak menang satu perlawanan pun (seri 2 kali n kalah sekali) termasuk satu seri dengan new zealand yang cuma ada 25 pemain pro. dan depa kalah dengan pasukan debutant WC iaitu slovakia. england lak teruk masa peringkat kumpulan kecuali masa lawan slovenia, dan kalah teruk kat pusingan kedua kat tangan jerman.

dengan kebanyakan tonggak pasukan2 ni dah mencapai usia senja, ramai tertanya2 apa akan terjadi lepas ni?

england dan itali ada masalah yang sama - liga depa dibanjiri pemain luar dan pasukan2 utama liga lebih banyak foreigner daripadal local. kesebelasan utama inter milan masa final UCL baru2 ni tak de sorang pun italian. pasukan2 utama EPL pun banyak pemain luar. amat kurang pemain2 muda muncul utk menjadi pengganti pemain2 tua ni dan kalau ada pun, jarang dapat peluang beraksi kat peringkat tertinggi sebab banyak pemain luar kacau daun.

england paling terjejas teruk sebab utk pasukan WC kali ni pun, jamie carragher yang dah bersara pun dipujuk main balik utk england sebab kurangnya cover yang berpengalaman utk gantikan rio ferdinand yang injured. tak de pemain muda yang selevel dengan beckham di sayap kanan; lampard, gerrard dan barry tak selaju dulu dan makin meniti usia tua dikala pengganti depa macam carrick dan huddlestone masih lagi terkial2 nak carik top form. itali lak didukung oleh 9 pemain dari tahun 2006 dan amat sedikit pemain muda dilaburkan oleh lippi - sudahnya depa kurang pengalaman dan kurang keyakinan. lagipun pemain2 muda kedua2 pasukan ni banyaknya main kat kelab2 sederhana atau bawahan - tak yah citer UCL la utk depa.

tak lama lagi kebanyakan pemain tua ni akan bersara dari peringkat antarabangsa. apa nasib england dan itali pas ni bila tadak pemain muda datang ganti?

perancis lak memang banyak pemain muda, but erratic dan banyak sangat infighting - nampaknya zaman gelap bolasepak perancis masa awal 1990-an akan berulang kembali. time tu perancis ada banyak player yang top class macam jean-pierre papin, david ginola dan eric cantona tapi depa merudum. cuma bila depa menang france'98 barula nampak kebangkitan kembali depa. tapi pemain2 tonggak masa tu macam henry dan trezeguet dah tua skang...dan bakal bersara tak lama lagi. pemain2 muda depa lak belum nampak kekuatannya lagi utk menggantikan player2 tua ni. benzema terlalu amat tak konsisten - macam tu gak gignac. ribery yang patutnya leh jadi leader baru lepas zidane pun tak menentu anginnya. dan perancis dah tak de sesapa yang boleh jadi kapter berpengaruh macam deschamp atau blanc, or even vieira.

kalau FA masing2 tak address benda ni, pastinya negara2 tradisional ni akan mengalami zaman kejatuhan teruk - dan kuasa2 baru dari amerika selatan serta asia pula akan muncul. kita penah tengok benda ni live depan mata melibatkan pasukan kebangsaan malaysia. selepas abisnya era zainal abidin hassan dan dollah salleh, kita dah tak ada player yang ada star quality utk pacu negara ke puncak kejayaan bolasepak. memalukan bila maxis berulangkali put on iklan2 mengenai kegemilangan bolasepak negara pada masa lampau. nampak sangat bebudak skang ni tak leh pakai. FAM pun akan mengadakan pemilihan depa bulan depan, so pls take a look at this situation, dan ambik la pengajaran mengenai pencapaian korea selatan dan jepun, malah tengok gak la pencapaian korea utara yang serba mundur tu. dah tak de alasan utk malaysia tak leh bangkit balik sebagai kuasa bolasepak asia or even asean.

all the best to world football, especially ours'.

0 comments:

Post a Comment