so meh sini aku predict perlawanan2 yang tinggal dalam round best of 16 nih.
JERMAN V ENGLAND
perlawanan yang memang mengecurkan air liur. musuh tradisi zaman berzaman yang dihangatkan lagi dengan kemenangan england masa WC 1966, dan kemenangan jerman masa semifinal WC 1990. england penah capai kejayaan manis di munich pada tahun 2001 dengan kemenangan 5-1 (owen score 4 gol) tapi dari segi rekod, jerman lagi banyak menang.
- daripada 20 perlawanan terakhir depa, england hanya menang 6 kali. lagi 10 depa kalah n 4 seri.
- 4 perlawanan terakhir depa masa WC berakhir dengan seri selepas 90 minit.
- jerman hanya sekali seri daripada 15 perlawanan terakhir depa, dengan 9 kali tak bolos.
- jerman dan england tak penah kalah masa best of 16 kat WC. so sesapa kalah kali ni cipta rekod la...
prediction aku - jerma 1 england 1, jerman menang penalti 5-3.
ARGENTINA V MEXICO
merupakan pertembungan klasik latin walaupun stail permainan agak berbeza. argentina lebih flair dan mexico lak lebih mengutamakan organisasi dari tengah padang. ini adalah ulangan pertembungan depa kat WC 2006 kat pusingan yang sama gak, dengan argentina menang 2-1 hasil jaringan gila babeng maxi rodriguez.
- dari 25 perlawanan sesama mereka, mexico menang 4 kali je, tapi seri 10 kali.
- mexico menang sekali je daripada 10 kali pertembungan dengan wakil amerika selatan kat WC.
- argies lak tak kalah dalam 9 perlawanan WC terakhir depa.
prediction aku - argies 2 mexico 1 lepas masa tambahan.
HOLLAND V SLOVAKIA
holland mesti rasa pelik. depa dah budget at least akan lawan itali atau paraguay alih2 datang mangkuk ayun yang baru first time sertai WC. pengalaman dan flair the oranje bertemu dengan taktikal dan kerja keras eropah timur. tak lupa nak mention, mesti akan jadi agak fizikal perlawanan ni nanti!
- holland tak penah jumpa slovakia as in flesh, tapi depa penah kalah 6 kali daripada 10 pertemuan dengan bekas czechoslovakia.
- holland kalah kat peringkat ni la masa WC lepas - di tangan portugal dalam satu perlawanan yang amat kasar dan penuh kat merah di nurenberg.
- robert vittek tak score sebijik pun daripada 9 perlawanan kelayakan terakhir slovakia, but tetiba lak dia jadik prolifik gila kat WC kali ni dengan 3 gol dari 3 perlawanan (termasuk 2 masa lawan itali).
- holland tak penah menang 2 perlawanan berturut2 dengan wakil eropah dalam WC sejak tahun 1974, yang mana masa tu depa kalahkan bulgaria dan jerman timur (klasik tu). tapi depa baru je kalahkan denmark seminggu lebih lepas. hmm..
- belanda menang 7 perlawanan terakhir depa, dan tak kalah daripada 22 perlawanan. slovakia lak menang 2 kali je daripada 7 perlawanan terakhir depa.
prediction aku - holland 3 slovakia 1, seandainya robben main.
BRAZIL V CHILE
bagi peminat bolasepak latin, perlawanan ni agak mengecewakan sebab 2 wakil latin bertemu sebegini awal, but bagi purists, game ni menjanjikan aksi yang amat menarik - walaupun chile akan jadi lebih bertahan dan brazil lak lebih pragmatik kali ni.
- depa dah jumpa 66 kali dalam sejarah, dan chile menang 7 kali je. sedih.
- masa kelayakan conmebol, brazil menang kedua2 perlawanan di rio dan santiago, 4-2 kat rio n 3-0 kat santiago.
- 2 perlawanan terakhir WC yang depa lalui menyaksikan brazil menang kedua2nya, dan kedua2 perlawanan tu brazil score 4 bijik.
- chile kalah semua perlawanan dengan rakan selatin kat WC, 2 daripadanya kat tangan brazil.
prediction aku - brazil 2 chile 1.
PARAGUAY V JEPUN
satu lagi wakil asia yang tinggal. jepun pastinya akan cuba tepati sasaran takeshi okada utk sampai ke peringkat separuh akhir tapi depa kena hadap satu team yang nampak peningkatan depa secara mendadak, dengan permainan fizikal paraguay akan berdepan dengan taktikal dan kerja keras pasukan jepun.
- paraguay kalah ketiga2 perlawanan pusingan kedua depa - dan depa tak score walau sebijik pun.
- tapi depa menang dengan iraq 1-0 masa WC 1986, satu2nya perlawanan depa dengan wakil asia.
- jepun layak ke pusingan kedua buat pertama kalinya di luar bumi sendiri, masa tu depa kalah 1-0 kat tangan turki.
- 2 perlawanan jepun dengan wakil latin kat WC berakhir dengan kekalahan - 4-1 kat tangan brazil pada 2006 dan 1-0 kat tangan argies tahun 1998.
prediction aku - paraguay 1 jepun 2 after extra time. jepun ni kekadang kena angin dia boleh jadi terer gila.
SPAIN V PORTUGAL
huhuu...iberian derby. perlawanan yang amat dinantikan oleh pengikut perkembangan bolasepak iberia. terlalu banyak sejarah dari segi politik dan pertembungan budaya antara 2 negara ni. malah perebutan tanah utk dijajah telah menyaksikan bagaimana dunia moden hari ni tercorak. kisah alfonso de alburqurque menjarah asia dan columbus yang nak ikut tapi tersesat pi tanah amerika kekal menjadi kisah yang memberi impak kepada dunia. footballwise, tak yah citer la.
- 32 kali bertemu sesama sendiri, dan portugal cuma menang 5 kali je.
- tapi pada perlawanan terakhir depa masa euro 2004, portugal menang 1-0.
- kedua2 pasukan cuba mengikis tagline "gergasi tidur" yang memang selama ni dilabelkan kat depa. at least sepanyol ada gak menang main competition iaitu euro2008.
prediction aku - satu lagi pertarungan yang penuh seni tapi fizikal. portugal ada habit "play dirty play feisty" dan sepanyol lak baru nak jumpa rentak. well, it will be spain 2 portugal 1 after extra time.
0 comments:
Post a Comment