
spain akhirnya berjaya memenuhi takdir mereka sebagai sebuah pasukan yang paling berbakat dalam dunia dengan memenangi WC, mengalahkan belanda 1-0 dalam satu perlawanan yang agak drab skit - disebabkan taktik anti football pasukan belanda. secara jujurnya, aku sedikit takjub yang belanda hanya tinggal 10 pemain masa wisel penamat dibunyikan. sepatutnya depa tinggal 8 pemain je.
but then, macam biasa la - van maarwijk dan anak2 buahnya sependapat mengatakan depa "tak kisah main hodoh utk menang" - dan bebetul hodoh cara depa main. tak nampak intensity utk depa mengawal permainan dan menguasai bola, depa hanya berminat utk mematahkan kaki pemain lawan. insiden minit ke 28 bebetul menampakkan sikap sebenar depa - satu tendangan karate yang aku rasa eric cantona pun tak leh celen. but then, spain membuktikan depa adalah juara sebenar apabila mereka bukan saja menang WC, tapi depa gak memenangi anugerah fair play. ini membuktikan bahawa sememangnya bolasepak tak perlu main kotor utk menang - dengar tu para penyokong oranje.

secara jujur, masa final tadi aku rasa meluat gak tengok gelagat pemain2 holland yang tak segan silu foul player lawan (pas tu buat2 inesen n tak puas ati bila ref award freekick), pastu bila player lawan tackle depa, depa jatuh bergolek2 - meminjam istilah azlan johar - sambil mengerang kesakitan. insiden di mana sneijder berlaga dengan sorang player spain - xavi kalau tak salah aku - masal awal 1st half membuktikannya. but then, for all that has been said n done, pasukan yang lebih baik menang dan spain memang terbukti lebih baik di semua department. kalau holland berterusan main cam malam ni, payah la depa nak menang akan datang. dan kalau menang pun, depa menang dan menerima cemuhan dalam masa yang sama. but then, dirk kuyt boleh kata yang holland kalah sebab referee berat sebelah. buta apa mamat loserfool nih??
secara keseluruhan, WC kali ni adalah antara yang baik dari segi penganjurannya - tapi tak la cemerlang. banyak gak masalah yang melanda dalam dan luar padang semasa WC ni berlangsung, tak kurang gak kontroversi2 mengenai mutu pengadilan, bola, suasana dan sebagainya. cuma dari segi pengeluaran kad, boleh dikatakan lebih baik banding tahun 2006 dengan penurunan signifikan dari segi bilangan kad kuning dan kad merah. pemain terbaik dimenangi oleh diego forlan - pilihan yang bijak - kerana forlan sentiasa menjadi inspirasi kebangkitan uruguay pada edisi kali ni. thomas muller lak menang golden boot selaku penjaring terbanyak (sama bilangan gol dengan sneijder, villa n forlan tapi dia lagi banyak assist) serta anugerah pemain muda terbaik. casillas menang anugerah lev yashin. banyak kejutan gak dalam WC kali ni terutamanya membabitkan pasukan itali dan perancis, serta penyingkiran memalukan brazil dan argies kat QF. WC kali ni gak menyaksikan pemain2 bintang macam cristi ronaldo, wayne rooney, kaka, franck ribery, fernando torres n robin van persie menjadi flop. leo messi pun boleh dikatakan gagal menyerlah walaupun masih menjadi antara nadi penggerak argies yang mencecah QF. jerman lak menjadi pasukan pilihan ramai selepas mempamerkan permainan yang amat berkualiti (serta banyak gol) menerusi pemain2 muda. banyak gak player akan gantung but lepas kejohanan ni termasukla kapten belanda, gio van bronchorst. so apa cerita utk tahun 2014 nanti lak ek?
bagi aku sendiri, WC kali ni adalah WC yang paling bermakna dalam idup aku. selain aku dapat mengikuti secara lebih thorough lagi banding edisi lepas2, aku gak terlibat secara sporadic dalam menganalisis WC kali ni di kaca TV menerusi bernamaTV astro 502. banyak pengalaman aku dapat menerusi semua ni dan aku rasa amat gembira serta berbangga dapat melibatkan diri dalam demam WC ni dengan lebih dalam, walaupun bukan atas term professional. terima kasih kepada bernama TV terutamanya penerbit eksekutif rancangan helo malaysia iaitu sherkawi jirim, penerbit penyelarasnya iaitu ismail muhammad, member aku incik rafik yang membuka ruang serta hilmi ashley buddy selaku hos pertama yang menyoal aku memacam. gambar sewaktu edisi pertama aku muatkan selaku avatar profile blogger aku. kalau ada rezeki, aku nak sangat terlibat lagi dengan semua ni dan mudah2an, Allah memberikan lebih peluang utk aku lepas ni.
sedih gak bila WC ni dah abis. rasanya baru je perasaan ternanti2 WC ni aku alami dan skang, semuanya dah berakhir. kena tunggu lagi 4 tahun utk demam ni kembali (insya Allah, panjang umur). walaupun euros akan tiba lagi 2 tahun, but kemeriahan dan demamnya tak sama dengan WC. but still, it is worth waiting.
so pas ni aku akan update blog ni maybe seminggu sekali utk mengulas mengenai perjalanan liga2 terkemuka dunia seperti EPL, la liga, serie A, bundesliga dan sebagainya. n insya Allah, aku akan try gak cover liga mesia n piala mesia serta memberikan pendapat aku mengenai isu2 bolasepak dalam dan luar padang. it will be my weekly column n hopefully, melalui ini aku dapat memberikan suara walaupun kecil demi perkembangan bolasepak tanahair khususnya.
jumpa lagi akan datang. bye2 south africa. see u in brazil in 4 yrs' time.
0 comments:
Post a Comment