
jerman buat lagi.
4 gol dari 2 perlawanan kalah mati, ke atas team2 pilihan kejohanan. memula england, skang argies. dan kedua2 kemenangan tu bebetul menggetarkan sesapa je yang bakal melawan jerman pas ni.
2 kali menjaringkan 4 gol bukannya nasib baik, dari segi apa pun. dan kali ni tak de kontroversi gol tak kira ke ofsaid ke apa ke.
seperti yang aku jangkakan, argies akan menyerang gila2, tapi depa ketinggalan awal hasil kesilapan romero. in fact, semua gol jerman adalah hasil kesilapan pertahanan argies. in the other hand, pertahanan jerman lak walaupun diasak berulang kali berjaya menghadkan kemaraan pemain2 argies esp messi n tevez, depa cuma boleh shoot dari luar kotak D. neuer lak sekali lagi agak meyakinkan walaupun ada la 1-2 moment cam goyah skit. dia baru 24 tahun, what to expect?
sebaliknya, sister pertahanan zonal yang diamalkan jerman tampak amat berkesan utk bukan saja nullify serangan argies, malah berguna masa depa buat counter attack. berbeza dengan argies yang mengamalkan sistem man to man marking, banyak sangat ruang yang dibiarkan kosong sebab defender asyik ikut the markee. this is evident masa gol ketiga jerman - schweinsteiger (seksa tul nak eja nama mamat ni) boleh gelecek sampai bebetul sebelah tiang gol kanan argies sebab javier pastore asyik ngekor si muller. dan tiap kali jerman counter, defence argies lambat utk regroup n abis biar kawasan D argies kosong tanpa cukup cover - evident utk gol kedua n keempat.
so maradona takkan berlari bogel mengelilingi buenos aires (syukur) cuma aku rasa mesti maradona akan ditembak abis2an oleh pengkritiknya yang memang tunggu masa je utk team argies jatuh, dan kekalahan terbesar argies dalam sejarah WC ni memang membekalkan ammunition yang lebih dari cukup utk menembak maradona dari segala sudut, even pele pun pasti akan menembak curi dari jauh (walaupun brazil pun kalah, tapi tak la seteruk argies) tetapi harus diterima hakikat bahawa strategi maradona amat gagal ketika berdepan dengan sebuah team yang penuh dengan kelajuan seperti jerman. fine, depa menang semua perlawanan prior to jerman game but nigeria, korea, greece n mexico bukanlah lawan yang boleh dikatakan positif dalam approach depa. argies menguasai permainan dalam keempat2 perlawanan tu sebab team lawan tak berminat utk membina penguasaan bola dan depa lebih banyak bertahan in numbers, but bila jumpa satu team yang mampu menguasai situasi seperti jerman esp dengan ancaman2 counter attack yang laju, depa terbungkam. maradona tak de plan B dalam hal ni. saat2 ni samuel diperlukan tapi dia lak injured, dan depa tak de zanetti utk menjadi pemimpin semulajadi di bahagian pertahanan.
el diego, like it or not, u r still a novice in this term. argies wont cry for u, el diego, but maybe u should cry for urself.
akan datang, maybe lepas abis QF matches ni, aku akan try utk ulas mengenai kebangkitan jerman dan belanda esp strategi2 yang depa gunakan n isu2 luar padang depa. chao!
p/s - sebelum terlupa, klose tinggal 1 gol je lagi utk samai rekod ronaldo sebagai penjaring terbanyak WC. dengan 2 lagi perlawanan bakal dilalui jerman, maybe dia on course not only to tie it, but to overcome it as well. not bad utk someone yang tak digunakan langsung oleh bayern.
0 comments:
Post a Comment