
huhuhu...wc dah sampai ke penghujungnya.
tak sangka, dulu aku tertunggu2 WC ni start sampai siap kena panggil bernama TV utk ulas pasal prospek WC nih. dari prediction awal mengenai kemungkinan spain, brazil, belanda, argentina malahan england akan menyinar sampai la ke detik penentuan malam sok - spain akan lawan holland kat final di soccer city. ramai pemerhati berkecuali mengharapkan final antara brazil dan argies - should be the classico but then it was not meant to be - dua2 team tu tersungkur kat QF.
ketika aku menulis blog ni, aku skang berada lebih kurang 350km dari rumah aku - aku balik kampung bini aku kat batu gajah. still, aku akan saksikan final wc kat KL, cuma malam ni i'll have to make do wt a view from my inlaw's house utk match 3rd placing. okey la...TV1 still tayang gak walaupun tak seclear astro.
ramai org dah buat prediction masing2 utk final ni - even paul si sotong pun dah pilih spain utk menang WC kali ni. n to be frank, most ppl kat mesia ni masih rooted on holland utk menang. aku tak salahkan depa - sejarah lalu membuatkan team oranje begitu terkenal kat mesia. but rata2 peminat holland kat mesia ni bermula bukan sejak era johann cruyff atau johan neeskens in 70s, but then depa start nampak holland sejak zaman ruud gullit n marco van basten. kejayaan holland kat WC gak lebih menarik banding spain sendiri sebenarnya. depa at least penah sampai ke final WC 2 kali - '74 n '78 - dan in modern era penah sampai kat semifinals tahun '98 dengan team yang contain patrick kluivert n edgar davids serta marc overmars - only to lose to ronaldo gemuk's brazil in penalties. spain lak, well, macam yang selalu pundit2 dunia gelar depa "perennial underachievers". depa ada 2 kelab bolasepak terbaik dunia in real madrid n barcelona n produce some of the talents yang dunia ni cuma boleh terkecur air liur mcm emilio butragueno, raul n andoni zubixaretta - tapi depa sering kali gagal utk lepas peringkat suku akhir WC MAHUPUN kejohanan eropah.
kenapa ek team spain ni chokers bila sampai kat peringkat dunia sebelum ni padahal depa ada club mcm real madrid? secara jujur, spain tak penah bersatu sangat pun sebenarnya - depa penah mengalami perang sedara utk satu tempoh yang amat lama dan kesannya still ada sampai ke saat ni terutamanya bila membabitkan wilayah catalunya. malah wilayah2 lain seperti pamplona, andalusia dan basque pun agak berjauh hati dengan rejim madrid satu ketika dulu dan walaupun spain dah bebas secara teknikal dari perang sedara, masih terdapat gerakan kemerdekaan terutamanya secara underground oleh pemimpin2 politik wilayah2 tertentu utk memerdekakan wilayah masing2. gerakan terkuat datangnya dari catalunya, n ini tak membantu keadaan kerana pemain2 bolasepak paling berbakat spain biasanya dilahirkan di wilayah catalan. cuma sejak barcelona banyak produce pemain2 utk spain barula nampak spain ni naik.
itu pun satu faktor. yes, real madrid is the best spain team in history but then depa ditunjangi oleh foreigners sejak zaman dulukala lagi. alfredo di stefano, ferenc puskas, just fontaine, hugo sanchez, roberto carlos, zinedine zidane, clarence seedorf semuanya penah menjulang nama real, but depa semuanya foreigners. yes, depa memang ada produce players mcm butragueno, raul, morientes, casillas dan sebagainya tapi disebabkan banyak foreigners jadi supporting cast, banyak department dalam team spain ni pincang sebab tadak pemain2 berkualiti. sebagai contoh, raul adalah sorang penyerang prolifik spain pada era awal kurun ke 21, but dia disupport oleh zidane, figo dan mcmanaman ketika depa menang UCL pada tahun 2000 dan 2002. masalah serupa yang sedang melanda england skang ni - BPL dibanjiri oleh pemain asing sampai tadak pemain england berkualiti utk mengisi slot 23 org terbaik utk dibawa ke WC. kalau tak, tak de la timbul cakap2 utk panggil scholes n carragher balik lepas depa dah bersara. nasib baik depa tak panggil alan shearer balik utk jadik striker..hehehe...
selama ni, spain tadak identiti permainan depa yang tersendiri. depa mempunyai player2 yang bertubuh agak kecil disebabkan oleh warisan hispanik depa, but then sehingga pada tahun 1980-an, corak permainan depa bertunjangkan kepada sistem yang diamalkan oleh england - 4-4-2 orthodoks, permainan route one, guna winger traditional utk bawak bola sampai byline n then cross, pas tu harapkan centerforward score. bila belanda memperkenalkan satu sistem yang amat efektif dan menangkap imanigasi ramai yang bergelar "total football", sorang player depa yang bebetul immense dengan sistem tu ialah bintang depa iaitu johann cruyff. bila cruyff pegi ke barcelona sebagai pemain dan pas tu jurulatih, beliau membawa falsafah total football bersama2nya. dan kelihatanlah bahawa barca bebetul berjaya menyerap taktik itu yang sememangnya lebih sesuai utk fizikal pemain2 hispanik. kejayaan barca dilengkapkan dengan kejayaan depa layak ke final cup winner's cup pada tahun 1991 (kalah kat tangan manchester united) n menang piala eropah 1992. kejayaan depa menumbangkan manchester united 4-0 pada 1994 menggunakan falsafah sama bebetul menjadi pinnacle kepada transition itu. sejak itulah bolasepak spain berubah sikit demi sikit dan kemunculan generasi emas seperti raul, morientes, hierro, guardiola, sergi dan kiko membantu spain kembali mencari tapak dalam bolasepak dunia dan eropah.
bila barcelona mula menghasilkan generasi emas depa yang tersendiri yang merangkumi puyol, xavi, iniesta serta bermain bolasepak yang berkesan utk memenangi piala eropah 2006, luis aragones iaitu jurulatih yang menggantikan jose antonio camacho selepas kempen hambar pada euro2004 mula take note. dengan menginstall teknik permainan pasukan catalan tu ditambah dengan kemasukan pemain2 berpengalaman utk menunjangi pasukan seperti marcos senna, joan capdevilla dan raul serta kebangkitan bintang2 muda seperti fernando torres dan david villa serta david silva, depa menang euro 2008 dengan amat bergaya. falsafah ini diteruskan oleh vicente del bosque dengan menambah pemain2 generasi baru dari barcelona yang semakin matang seperti pedro, sergio busquets, gerard pique serta cesc fabregas, dan depa terus menginstall secara mutlak corak permainan barcelona yang mengutamakan penguasaan bola serta hantaran2 pendek serta one touch football yang amat berkesan, depa telah mencipta sejarah mara ke final WC buat pertama kalinya, dan kini hanya tinggal belanda selaku penghalang depa utk mengecap kejayaan sulung di WC.
berdasarkan persembahan semasa, para pundit sedunia termasukla aku sendiri memilih spain sebagai pemenang, terutamanya selepas persembahan "near perfect" depa masa lawan jerman kat SF. walaupun belanda tak boleh diabaikan begitu sahaja terutamanya dengan wes sneijder yang bebetul on form, tapi corak permainan belanda pada ketika ini agak longgar terutamanya di bahagian pertahanan. 2 kali uruguay expose bahagian ni masa SF aritu dan seandainya depa lepaskan gol awal, mungkin seksa utk depa kejar balik - spain bukan cam brazil. depa kalau dapat bola, jangan harap ko dapat bola tu balik. but aku jangkakan belanda akan jadi lebih positif banding jerman, dan maybe satu match classic akan tercipta.
sesapa pun menang final ni, juara dunia baru akan tercipta (maka benarlah kata2 datuk rahim razali) dan kalau belanda kalah, cuma new zealand je pasukan yang tak tewas langsung sepanjang WC (malaysia, pls take note).
so jumpa lagi after the final. the game is on!
0 comments:
Post a Comment