Thursday, July 8, 2010

Ole!


akhirnya spain berjaya layak ke final WC buat pertama kali dalam sejarah.

akhirnya spain berjaya mempamerkan permainan yang jauh lebih meyakinkan berbanding perlawanan2 terdahulu.

spain menang 1-0 ke atas pasukan luarbiasa, jerman tadi hasil jaringan kapten barcelona, carles puyol menerusi satu tandukan yang amat padu hasil dari satu sepakan sudut. maybe rambut dia yang rock kapak tu membantu trajektori bola tu agar bergerak laju kot...huhuhu...

but secara keseluruhan, spain patut menang lebih besar. seperti biasa, spain memang kuasai possession, tapi masa 1st half pertahanan jerman berjaya mematahkan setiap percubaan spain but then, kali ni spain nampak bebetul berlainan - seperti spain yang kita saksikan masa qualifier dulu. setiap kali depa lancarkan serangan, depa nampak berpeluang utk menjaringkan gol - satu pemandangan yang jarang2 berlaku masa 4 5 perlawanan terawal depa. jerman, dengan segala kelajuan dan kegarangan serangan depa, hanya dapat satu peluang terbaik pada separuh masa kedua melalui toni kroos (memang depa nampak sangat rindukan muller) dan bolehla aku katakan yang spain amat layak utk berada di final berdasarkan persembahan depa pada hari ni.

secara jujur, aku nampak spain lebih berbahaya kali ni bila villa main sorang2 kat bahagian atas, dengan pedro dan iniesta berjaya memainkan peranan sebagai winger dengan berkesan - cuma pedro menampakkan sikap budak2nya bila satu peluang baik utk pass bola kat torres depan pintu gol jerman dipersia2kan. dan torres sekali lagi gagal idup walaupun bermain berseorangan lepas menggantikan villa. so maybe del bosque akan stick dengan formasi ni masa final nanti - masa tu pun fabregas should be pulih sepenuhnya dari injury. kalau tu berlaku, nampaknya final nanti akan menyaksikan 2 pasukan bermain dengan formasi yang sama - cuma mungkin tahap kelajuan dan perlaksanaan sistem tu agak berlainan. aku akan ulas pasal final sok, insya Allah kalau diberikan kesempatan.

walaupun kalah, jerman harus berbangga dengan pencapaian depa sampai takat ni. daripada sebuah pasukan yang tak diberikan harapan langsung waima dari rakyat jerman sendiri, depa pantas berubah menjadi "team of the tournament" dengan siri permainan yang amat menghiburkan dan mengujakan, serta siri kemenangan2 besar yang depa capai ke atas pasukan2 gergasi dunia seperti england dan argies. tak lupa gak mengenai kemunculan ramai skali bakat2 muda dalam team jerman kali ni dan seperti yang penah aku ulas, masadepan bolasepak jerman adalah amat cerah - bukan sahaja utk WC 2014 nanti but masa euros kat ukraine lagi 2 tahun.

last but not least, ramalan datuk rahim razali mengenai pasukan2 yang beliau rasakan akan memenangi WC kali ni menjadi kenyataan. masa tu beliau pick sama ada belanda atau spain akan menang WC kali ni. now, 2 pasukan tu bertarung masa final. good one, datuk. n paul the octopus betul lagi skali. betul la, pundit2 manusia ni kalah teruk dengan sotong seko nih.

so jumpa lagi sok utk preview perlawanan akhir, n aku akan berbicara mengenai kedua2 pasukan yang akan merebut hadiah utama bolasepak dunia kali ni. calos!

0 comments:

Post a Comment