Monday, July 5, 2010

one step closer

elo...

kat sini aku telah jot down points yang menarik serta fakta2 mengenai dua perlawanan separuh akhir WC 2010. saja je aku malas nak mengarang...pakai points lagi senang org nak paham (dan menjimatkan masa).

uruguay v belanda
- bertemu 4 kali dalam sejarah, 3 uruguay 1 belanda
- pertemuan dalam WC cuma sekali, group phase 1974, belanda 2 uruguay 0 (johnny rep score 2 bijik)
- setiap kali depa bertemu, pemenang mesti dapat 2 bijik gol, dimana 3 pertemuan berakhir 2-1, n sekali 2-0. belanda menang 3 perlawanan terakhir depa kat WC kali ni dengan gol 2-1
- kalau belanda menang semis, depa cipta rekod kemenangan terbanyak dalam satu WC (6 kali) atasi rekod depa masa tahun 1974(5 kali)
- belanda cuma kalah 2 kali daripada 10 pertemuan terakhir dengan team south america (tak termasuk shootout)
- uruguay gagal menang dalam 13 perlawanan depa dengan team europe dalam WC, 6 kali seri, dengan kemenangan terakhir ialah ke atas USSR pada 1970 (1-0)
- forlan score 4 bijik gol WC utk uruguay sejak 2002, tapi dia tak penah score mengatasi team non africa
- belanda kehilangan de jong dan van der wiel melalui penggantungan, begitu jugak dengan jorge fucile dan luis suarez bagi uruguay, manakala diego lugano doubtful akibat injury
- perlawanan dijangka sengit dengan kedua2 pasukan akan bermain secara positif, tapi mungkin uruguay akan bermula lebih baik dan belanda akan gradually upkan tempo depa seiring dengan perjalanan permainan
- abreu mungkin akan main start memandangkan suarez kena gantung, dan forlan dijangka kekal sebagai withdrawn striker
- belanda dijangka akan membuat perubahan dengan memasukkan van der vaart menggantikan de jong, mungkin memaksa van bommel bertindak berseorangan as ball-winning midfielder
- disaat uruguay secara rasmi menjadi musuh awam no 1 akibat tindakan tak sporting luis suarez, belanda mungkin bermasalah kerana masih lagi gagal mempamerkan permainan meyakinkan walaupun menang ke atas brazil
- ini adalah ujian sebenar buat cabaran uruguay kerana semua kemenangan depa dalam WC ni adalah keatas pasukan2 yang biasa2 (france pun secara umumnya tak begitu kuat pada ketika ni) manakala belanda pastinya akan menjadi pilihan selepas menundukkan brazil

jerman v spain
- penah bertemu 20 kali dalam sejarah dan memang sentiasa tight - jerman menang 8, 6 seri dan 6 lagi spain menang.
- ini merupakan kali pertama spain sampai ke peringkat separuh akhir, selepas terkandas kat pusingan suku akhir 4 kali termasuk pada tahun 2002
- pertemuan terakhir depa adalah pada final euro 2008, spain menang 1-0 hasil jaringan torres. di saat spain masih mengekalkan hampir semua muka2 yang terlibat masa tu serta stail permainan yang hampir sama, jerman telah berubah hampir sama sekali (tak de ballack, but menyaksikan kemunculan ramai pemain muda berbakat serta perubahan stail yang amat ketara - tidak lagi bermain secara semi-pragmatik)
- spain tak penah mengalahkan jerman kat memana WC, dengan jerman menang 2 kali dan seri sekali
- jerman telah menjaringkan 13 gol, iaitu jumlah gol terbanyak bagi mana2 pasukan dalam WC kali ni
- jerman telah 3 kali menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan (v aussie, england n argies) dimana cuma hungary tahun 1954 mengatasi depa dari aspek ni (4 kali)
- muller merupakan penyerang paling prolifik dalam WC kali ni, 4 percubaan tepat ke arah gol menghasilkan 4 gol.
- penjaring terbanyak jerman selepas gerd muller, miroslav klose telah menjaringkan 14 gol WC, 1 nak samai rekod ronaldo. semua gol klose dijaringkan dalam kotak D, separuh daripadanya adalah header
- villa telah menjaringkan 5 gol dalam WC kali ni, mendahului carta penjaring dan menyamai rekod pemain spain di WC yang menjaringkan jumlah gol sama (basora 1950 n emilio butragueno 1986), dan cuma 1 gol utk menyamai rekod jaringan spain oleh raul, iaitu 44 gol.
- setakat ni tak de semifinal WC yang berakhir dengan jaringan 0-0
- xavi menyempurnakan passing terbanyak kat WC kali ni dengan 404 passing semuanya. mak ai.
- muller bakal terlepas perlawanan ni selepas menerima kad kuning kedua kejohanan masa quarters, dengan loew masih mempunyai stefan kiessling dan toni kroos utk dipilih bagi menggantikannya.
- spain walaupun tak de masalah kecederaan dan penggantungan, tetapi mesti carik jawapan utk kemeruduman prestasi fernando torres serta kelambatan mereka dalam merancanakan serangan
- disaat jerman begitu garang membenam cabaran pasukan2 pilihan utk sampai ke semis, spain bergelut utk mengatasi pasukan2 sederhana, dengan kemenangan terbesar depa takat ni adalah 2-0 ke atas honduras
- kecenderungan wingback spain seperti capdevilla dan sergio ramos naik ke atas pastinya meninggalkan ruang yang boleh dieksploitasi ketika jerman buat counter attack, manakala hantaran2 xavi dan iniesta mungkin boleh memberikan masalah kepada pertahanan jerman yang mengamalkan sistem kawalan zonal serta gemar bertahan agak ke atas
- loew mempunyai kelebihan membaca strategi pasukan lawan, dengan ketepatan bacaannya membantu kemenangan besar jerman ke atas england dan argies.
- jerman dilihat bebetul excel ketika berhadapan team2 besar yang pastinya tidak bermain secara negatif, manakala depa bergelut ketika berhadapan team2 yang bermain bertahan sokmo seperti ghana dan serbia. dengan spain merupakan team yang positif, pastinya ni bukan khabar gembira uutk peminat la furia rojas
- spain dilihat banyak kali terjebak dengan kes "one pass too many" bila ketika depa lebih sesuai utk shoot ke arah gol, depa lebih gemar pass bola utk carik ruang yang lebih besar

prediction
uruguay 1 belanda 2
jerman 3 spain 1
(banyak org salah predict scoreline jerman nih)

0 comments:

Post a Comment