kali ni aku digandingkan dengan wartawan sukan bernama TV - aiman aminul. bagus gak...dah 2 kali aku digandingkan dengan "pak pacak" dan kali ni, aku akan berpanel dengan somebody yang lebih knowledgable dari aku. banyak point aku leh belajo tu. everything went very well indeed dan maybe insya Allah kami akan appear lagi utk sesi separuh akhir dan maybe perlawanan akhir.

sebut pasal suku akhir ni, kat sini aku akan bagi la sikit pandangan pasal perlawanan2 yang bakal berlangsung.
URUGUAY V GHANA
wakil tunggal afrika, lawan salah satu wakil amerika selatan. banyak tekanan kat ghana sebenarnya - depa bukan bawak harapan satu negara tapi bawak harapan satu kontinen. mesti pucat muka depa (walaupun kita takkan nampak muka depa pucat) but then, itula hakikat yang depa kena hadapi. secara amnya, uruguay amat kuat dari segi pertahanan dan serangan depa gak makin bagus esp bila edinson cavani masuk as first 11. but then, ni la kali pertama depa layak ke suku akhir sejak piala dunia bertukar rupa dari piala jules rimet dan mereka agak terdesak utk kembali menjadi negara kuasa bolasepak. defensive depa memang bagus, but korea menunjukkan depa gak boleh dibolosi dan defender depa leh gak tido kekadang. ghana lak penuh semangat dan semakin berdisiplin secara taktikal - tapi selain dari gyan, sapa lagi boleh score utk depa? boateng tak pasti lagi main sebab injured, dan depa tadak striker lain yang bebetul kukuh utk ganti tempat gyan. matthew amoah pun tak semantap dulu. defensively, depa ada prone utk lepaskan gol bila diasak mahupun ketika mereka mengasak. john pantsil adalah weak link depa - banyak tul buat silap. tatau la camne dia leh stay dalam skuad ghana. first 11 lak tu.
BRAZIL V BELANDA
ulangan separuh akhir 1998 - but far cry from that. brazil tahun 98 tak sama dengan brazil tahun ni. tahun 98 depa still main free flowing samba under mario zagallo, tapi tahun ni depa main cam inter milan (dalam ertikata lain - boring). dan depa tadak individual yang bebetul flamboyant selain daripada robinho - tapi kebanyakan gol depa berpunca dari teamwork yang bagus. walaupun dunga try mantapkan pertahanan, depa still bolos 2 gol (salah satunya masa lawan korea dpr...sigh) dan julio cesar pun tak fit sangat. weak link brazil mostly ialah pada belah kiri - michel bastos is still no roberto carlos. mungkin tunggu 2-3 tahun lagi baru dia boleh jadi world class but kali ni dia masih lemah lagi - dan hadap arjen robben lak tu. masa semis UCL depa bertemu dan masa tu bastos dibudak2an oleh robben esp masa kat lyon. so mungkin kali ni perkara sama berlaku. belanda lak, well...belum peak lagi performance depa. meskipun menang semua perlawanan depa sebelum ni, tapi pasukan2 yang depa lawan bukanla pasukan yang ada credential macam brazil. dan seperti biasa, kem belanda akan sentiasa digegarkan dengan kes2 pergaduhan dalam pasukan. bagi aku, belanda akan form kalau robben fit. kalau robben crocked lagi, memang masalah besar utk anak buah van maarwijk.
JERMAN V ARGENTINA
musuh ketat bertemu kembali. meh sini aku imbas sedikit kenangan depa - tahun 86 argentina menang. tahun 90 jerman menang. tahun 2006 jerman menang. setiap kali perlawanan tu mesti berlaku kontroversi esp tahun 2006 dimana pemain dan pegawai kedua2 team bantai gaduh tengah padang lepas perlawanan. kalau ada org tanya aku, maybe inila perseteruan yang paling menjengkelkan dalam dunia bolasepak. kedua2 pasukan mempamerkan permainan yang amat meyakinkan takat ni - esp jerman. masing2 mempunyai rekod jaringan yang terbanyak (jerman 9 gol dari 4 perlawanan, argentina 10 gol) dan jumlah gol bolos depa pun sama, iaitu 2 bijik. masing2 mementingkan flair dan flowing attack tapi ada satu perbezaan besar - jerman bermain secara berpasukan dengan mengharapkan 4-5 org utk bergerak esp off the ball, argentina lak terlalu mengharapkan messi. dari segi serangan, jerman lagi hebat dan lebih laju. dari segi pertahanan, kedua2 pasukan sama bermasalah tapi argentina nampak lagi vulnerable esp demichelis yang amat prone utk buat silap dan off positioned. per mertersacker dan arne freidrich utk jerman lak amat disiplin di posisi pertahanan tengah dan aku rasa, jerman akan sentiasa biarkan argentina lancarkan serangan dengan depa tunggu peluang utk buat serangan balas.
PARAGUAY V SPAIN
kali terakhir spain pakai jersi biru, depa lawan pasukan latin iaitu chile - dan depa menang 2-1. kali terakhir paraguay lawan team pakai jersi biru, depa seri 0-0 dan nasib2 je menang melalui penalti (tabloid britain cukup suka fakta2 macam ni) but on the football part, perlawanan ni akan ada potensi menjadi perlawanan yang dikuasai oleh sepanyol - depa akan buat 200++ hantaran sebelum lancarkan satu serangan, akan cuba buat larian2 ke dalam kotak penalti, dan depa takkan jaringkan gol. paraguay memang akan bertahan gila2 macam mana depa tunjuk masa lawan itali. kalau kita nak jaringan yang banyak, ni bukanlah perlawanannya. spain tadak masalah sangat dari segi line up tapi del bosque kena pk sama ada nak stick dengan torres yang setakat ni main buruk (seburuk rambut dia skang. apsal dia tuka stail rambut?) atau nak gunakan kekuatan fizikal fernando llorente. llorente pun idup gak masa lawan portugal. paraguay pun ada masalah kat bahagian serangan - santa cruz nampak berat sangat macam santa claus dan nelson valdez lak nampak slow macam nelson mandela. gol first depa kat WC ni pun dijaringan oleh defender yang tak penah score utk paraguay selama ni...adeh.
so sama2 kita saksikan perlawanan suku akhir ini nanti dan dari sini mungkin bakal juara akan kelihatan. the pick? uruguay dan brazil akan lawan kat semi #1, sementara jerman dan sepanyol kat semi #2.
jumpa lagi!
p/s - btw, roger federer kalah kat QF wimbledon kat tangan thomas berdych. nampaknya sumpahan iklan nike tu bebetul ada la kot - berjangkit kat federer lak. jangan pas ni kobe bryant pun main cam harem udah.
0 comments:
Post a Comment