
akhirnya spain lepasi badi suku akhir.
lepas sangkut kat qf pada tahun 2002 n 2006, kali ni spain berjaya layak ke separuh akhir lepas menang 1-0 ke atas paraguay, but performance spain, esp torres, masih menimbulkan kegusaran.
paraguay mengejutkan banyak pihak termasuk la aku bila depa main secara amat positif - far cry dari 2 perlawanan terakhir depa masa lawan NZ dengan jepun. valdez esp bebetul idup n dia tak nasib baik lepas gol dia dibatalkan sebab ofsaid, walaupun replay mengatakan yang maybe gol dia tu sah. spain bebetul tertekan masa awal 1st half, tapi tak banyak percubaan menarik masa 1st half pun. masuk 2nd half game bebetul idup n then moment gila masa minit ke 58 iaitu 2 penalti dalam tempoh seminit - tapi cardozo dengan xabi alonso boleh miss penalti.
akhirnya villa sekali lagi menyelamatkan spain dengan gol yang boleh dikatakan lucky - kena tiang pas tu masuk. casillas pun cemerlang save bola yang dirembat oleh santa cruz but then, that's it. spain layak but then sekali lagi tak meyakinkan. walaupun muller bakal kena gantung masa SF nanti, kalau berterusan spain teraba2 cam ni, depa akan dihukum dengan teruk oleh pasukan jerman yang amat fast improving. depa kena pastikan yang torres boleh form n depa harus menguatkan pertahanan depa, or else pasti akan dieksploit oleh jerman terutamanya posisi wingback yang selalu kosong akibat kecenderungan sergio ramos n joan capdevilla naik ke atas.
paraguay lak, well...memang tak de luck. tapi depa seharusnya berbangga atas pencapaian terbaik depa dalam WC setakat ni n depa kalah pun dengan penuh maruah. dengan pasukan yang masih muda n meningkat naik, pastinya depa akan jadi pasukan yang lebih baik dalam tempoh 4 tahun lagi. ndak2 lak nanti WC 2014 akan diadakan di brazil.
so, the semis will be uruguay v netherlands, n germany v spain. adakah ulangan final 1974 akan berlaku (muller gak nama top striker jerman masa tu), atau adakah uruguay dapat mengembalikan lost glory, or adakah spain dapat membuktikan penguasaan mutakhir depa dalam dunia bolasepak masakini?
the answer is in 5 days time.
p/s - larissa tak jadi lari bogel gak. Allah tak suka manusia2 yang tak tau malu nih.
0 comments:
Post a Comment