Wednesday, July 21, 2010

Time for malaysian to rise...


assalamualaikum wbt.

dah lama tak menaip kat sini sejak abeh WC. well, satu sebab bz, satu lagi sebab aku memang nak menaip secara weekly n satu lagi sebab skang ni tadak isu sangat melainkan isu perpindahan pemain yang tak sudah2 kat eropah. cuma satu berita yang agk unofficial yang aku dengar - fabregas dah confirm pi barca tapi tatau betul ke tak.

satu je yang confirm - jersi baru liverpool n barca dah keluar. aku dah pun beli jersi baru barca (home) tapi yang away punya aku tunggu dulu - dah jual dah jersi kaler ijau tu tapi build quality tak mengujakan (even kalau nak beli kat uptown pun, bila rega dah cecah RM70++ at least kualiti kena la hampir setara ori. ni kolar senget benget) n jersi liverpool pun lawa gak - kilat2 lagi fabrik dia but satu yang menarik - no more carlsberg (yes yes) n digantikan dengan standard chartered. for sure mesti ramai fan liverpool akan beli jersi ni dan nama liverpool pasti naik balik - n maybe pencapaian depa pas ni pun lebih bagus. aku ada pandangan personal gak pasal hal jersi dan penajaan ni...nanti la aku kongsikan pandangan aku tu minggu depan.

skang ni aku just nak beri tumpuan kepada isu yang lebih dekat - pemilihan FAM akan berlangsung ujung bulan ni. tapi macam biasa la, jawatan presiden takkan tercabar punya. come on la, sapa nak cabar sultan? tapi jawatan2 picisan kat bawah tu r up for grabs but pemilihan ni masih penting utk aku saksikan sebab ianya akan menentukan sama ada FAMsedia buat perubahan atau tak.

perubahan apa? 2 tahun lepas sewaktu aku diwawancara dalam rancangan radio kelolaan bernama radio24, aku penah menyuarakan yang masalah FAM sebenarnya ialah lack of professionalism. ye la, depa expect player dengan coach became pro totally but dalam FAm sendiri tadak pihak yang benar2 pro. maksudnya kat sini ialah dalam FAM pun banyak pihak yang ada 2-3 komitmen, baik depa ada peranan kat persatuan sukan lain, jadik menteri kat mana2 kabinet ataupun merupakan ketua negeri masing2. all r political related. kat sini pincangnya ekceli. sebab kalau tak de pengurusan yang pro, camne kita bebetul nak "pro"kan bolasepak kita? sebab tu masa rancangan tu aku bagi cadangan (yang dipersetujui oleh semua pihak yang call malam tu) supaya FAM memprofessionalkan dulu sistem pentadbiran depa. letakkan muka2 yang memang akan berkhidmat secara total demi pembangunan bolasepak negara tanpa ada komitmen lain. kalau perlu perbadankan FAM macam yang dilakukan oleh jepun dan england, then just corporate it. but then apa jadi pas tu? aku kena ban dengan FAM.

skang pemilihan FAM kembali lagi dan idea2 aku (ekceli bukan idea aku semata2...ramai ada idea yang sama tapi tak penah diendahkan oleh FAM) kembali kedengaran. kat buletin utama tadi, sorang penghantar e-mail ke TV3 iaitu mahathir saibon turut memberikan pandangan yang sama - biarlh muka2 yang dipilih ini mampu bekerja sepenuh masa utk menaikkan bolasepak negara dan mempunyai komitmen penuh. aku sendiri selaku peminat bolasepak negara mengharapkan perkara yang sama but then, berdasarkan pengalaman yang lepas2, harapan cuma tinggal harapan. datuk ahmad basri akil (allahyarham) penah bawak perubahan yang sama dalam FAM dulu. apa jadi? beliau digantung oleh FAM.

selepas pemilihan ni, harapannya FAM reshuffle balik jadual bolasepak kita. aku harap sangat depa setting jadual liga kita berdasarkan kepada kalendar FIFA, iaitu kalendar perlawanan2 antarabangsa. meaning, setiap tahun FIFA akn keluarkan tarikh2 perlawanan antarabangsa yang depa pilih sebagai rujukan kepada semua negara yang bernaung bawah FIFA. arrange jadual liga kita berdasarkan tarikh2 tu dan bila tiba masa utk tarikh perlawanan antarabangsa, dapatkan lawan berkualiti utk pasukan kebangsaan kita. setiap tahun akan berlangsung 4 kali perlawanan antarabangsa (serentak dengan perlawanan kelayakan kejohanan2 utama) dan gunakan kesempatan ni utk bebetul mendedahkan pasukan kebangsaan kita dengan kualiti permainan antarabangsa. jangan la harapkan setahun sekali bila real madrid or manchester united datang mesia baru terhegeh2 nak kumpulkan pasukan kebangsaan, n then sebelum tu adakan la 2-3 perlawanan ujian kononnya sebagai persediaan. lawan lak dengan pasukan2 kelab. adeh...

format liga kita pun jangan la ubah sesuka ati lagi. ni tak, 2 tahun sekali ubah format. pas tu pasukan2 negeri yang terkeluar dari saingan liga utama diberi "keistimewaan khas" utk kekal dalam liga utama dengan menidakkan peluang pasukan2 liga bawah yang layak ke liga utama. kes terbaik? pahang 2009. pas tu benarkan balik kemasukan pemain import but kontrol kemasukannya macam yang penah dilaksanakan satu ketika dulu. pasukan bawah umur kebangsaan (harimau muda) lak tak yah disuruh bertanding dalam liga tempatan mahupun liga slovakia. tak penah dibuat oleh mana2 negara "celik bolasepak" dunia meletakkan pasukan bawah umur depa dalam liga tempatan. liga divisyen bawah lak tu. ada penah dengar pasukan "three lions junior" bertanding dalam league 1 (divisyen 3) england?

sesungguhnya, kalau nak citer cadangan utk FAM ni memang banyak but seperti selalu, rasanya macam mencurah air ke keladi je. but kali ni, utk kesekian kalinya biarlah depa buat pemilihan dulu. dan lihatlah sama ada pemilihan tu menggambarkan perubahan ataupun tak.

jumpa lagi!

p/s - teringat satu ketika dulu FAM penah buat iklan paper pasal mencari calon sesuai utk jawatan sec gen FAM. sudahnya? depa pilih ibrahim saad, iaitu org dalaman depa sendiri. buat bazir duit je letak iklan mahal2 dalam paper.

0 comments:

Post a Comment